Kadar Kompaun Istimewa Untuk Kesalahan

KADAR KOMPAUN ISTIMEWA UNTUK KESALAHAN DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 DAN AKTA MAJLIS LESEN KENDERAAN BERMOTOR 1987

1. Lebih muatan [Seksyen 19(3) CVLB Akta 1987]
a.berat kenderaan kurang daripada 3000 kg
i. muatan lebih daripada 50% - RM 300.00
ii. muatan kurang daripada 50% - RM 150.00

b. berat kenderaan antara 4000 kg - 12000 kg
i. muatan lebih daripada 5001 kg - kes dibawa ke Mahkamah
ii. muatan antara 2001 - 5000 kg - RM 300.00
iii. muatan lebih daripada 2000 kg - RM 150.00

c. berat kenderaan antara 12000 kg - 16000 kg
i. muatan lebih daripada 6001 kg kes dibawa ke mahkamah
ii. muatan lebih daripada 3001 - 6000 kg - RM 300.00
iii. muatan lebih daripada 3000 kg - RM 150.00

d. berat kenderaan lebih daripada 26000 kg
i. muatan lebih daripada 30% kes dibawa ke mahkamah
ii. muatan antara 15 - 30% - RM 300.00
iii. muatan kurang daripada 15% - RM 200.00

e. Kesalahan berulang - digantung permit LPKP dan Lesen GDL selama satu bulan.

2. Pelepasan asap [Kenderaan Motor (kawal pelepasan asap dan gas) Peraturan 1944]
a. Gagal mematuhi notis arahan pemeriksaan - RM 300.00
b. Pelepasan asap lebih daripada 100 HSU - RM 300.00
c. Pelepasan asap antara 70 HSU - 100 HSU - RM 200.00
d. Pelepasan asap antara 55 HSU - 70 HSU - RM 100.00
e. Kesalahan pelepasan asap lebih dari dua kali - digantung permit LPKP , Lesen GDL, and pemandu PSV untuk satu bulan

3. Cermin gelap [Kenderaan Bermotor (Larangan untuk beberapa jenis cermin ) Peraturan 1994] = RM 150.00

4. Tidak mematuhi syarat istimewa permit [Seksyen 19(3) CVLB Act 1987. syarat laluan, jenis perkhidmatan, jenis barang yang disewa dan ganjaran untuk lori permit 'C']
a. RM 150.00
b. Kesalahan berulang - digantung permit LPKP, Lesen GDL dan PSV untuk satu bulan